21.5.20

Abdul Maliq (Hamba Allah yang memiliki) Part 1

Hi Korangggg...

Dah berhabuk sangat blog ni. Plus ada ke tak orang still baca? Eh kau siapa elyda orang nak baca blog kau? Vv yusof ke? Hahaha okay stop the mengarut things! Tujuan ely update blog ni nak share dengan korang about my pregnancy journey.. hihihi alhamdullilah sekarang ely and halim dah bergelar parent kepada malaikat kecil kami yang diberi nama Abdul Maliq bin Abdul Halim yang bermaksud Hamba Allah yang Memiliki. Nak tau sebab apa kiteorang pilih nama tu? Jom sambung baca dekat bawah. Cehh!! Macam host tv pulak.

Sebelum ely pregnant kan Maliq, ely pernah keguguran 3 kali.. dengan sebab doctor kata rahim ely lemah.. Around bulan 7 ely datang period lambat 2 hari. FYI, ely punye period cycle jarang lambat tau. So that time ely macam terfikir eh pregnant ke aku? In mean time, time tu ely dengan halim pjj. Halim sambung study dekat Unikl Lumut and ely duduk Klang sorang. Plus ely baru start kerja baru dalam 7 hari camtu.. 

So lepas balik kerja ely beli pregnancy test naik la 2 line. Happy tak terkira. Malam tu buka shoppe beli clear blue punye yang digital pulak sebab nak tengok berapa minggu. Lepas dapat barang ely test tengok ely dah pregnant 5minggu. So hati ini gembira plus risau sebab takut gugur lagi. So ely dengan acah2 cerdik pergi beli ubat kuatkan rahim duphuston tak silap ely nama die. Ely pernah makan ubat tu before this but that time ely makan dah bleeding so still gugur. So this time ely makan siap2 sebelum bleeding.

Lepas je tahu pregnant.. nah morning sickness menyerang dengan rancaknya. Makan lah apa2 pun muntah. Muntah. Dah la duduk sorang kau bayangkan setiap malam nagis sebab tak larat asyik muntah. Lepas tu kena bangun pagi nak gi kerja lagi. So ely ambil keputusan untuk resign. Nasib baik company baru ely kerja memahami sangat2. Mula2 dorang nak suruh ely kerja jugak dorang bagi wfh. But ely still kena attend meeting dekat tempat client pagi semua. So ely decide nak proceed je resign buatnya tengah meeting pagi dengan client muntah depan client tak terjejas imej syarikat? Hahaha

Lepas resign ely stay dekat Melaka with my parent sementara nak tunggu Halim habis study. Untuk pregnancy kali ni ely ade kencing manis tapi on diet control jela. Yela air masak sejuk ke panas ke memang tak boleh telan. Halim sebelum tinggal kan ely sorang die akan bancuh air sunquick je ha mendapat la kencing manis.

Okay lah sampai sini dulu sebab Incik Maliq dah bangun nak mandi tu.. hihihi nanti ely sambung lagi waktu free 😉

Okay till then.. sayonaraaa people!

No comments:

Post a Comment

ulasan pembace

Blue Flower Design Pointer