31.3.21

Abdul Maliq (Hamba Allah yang memiliki) Part 2

 Hi Korang,

After few months baru ada masa nak update part 2. Korang pun lupa part 1 pasal apa kan kan? Ha ha ha 

Sempena esok birthday Abdul Maliq. Ely nak sambung la part 2 harap tiada la part lain. Kang part 3 update setahun kemudian. Tidak lah!

Okay cerita dia macamni. Aiceh story telling pulak

31 MARCH 2020

Masa tu ely nak mandi pagi. Otw gi bilik mandi tengok eh asal ada darah dekat kaki?! Terus tanya ibu. Ibu kata nak beranak dah la tu. Mandi siap kita gi hospital. Since halim naik kapal semula time tu. IbuAyah banyak tolong ely. So siap mandi cakap kat ibu tak nak gi lagi tunggu sakit baru nak gi hospital. So okay la. Pastu ibu tanya lagi confirm ke tak nak gi? Ha ha ha ely tak boleh orang tanya camtu terus keputusan bertukar nak pergi. 


Since time tu Pkp ibu boleh hantar sampai kaunter daftar je. And they will inform ibu any updates konon nye lah. Padahal tidok! So tunggu lah procedure macam2 ambil darah la cucuk sana sini sampai kulit tangan area urat2 ely gelembung macam belon sebab Si pelatih itu buat. Lepas ambil darah monitor ape tah yang letak dekat perut. Pastu last sekali jumpa doctor perempuan yang baik sangat rasa macam wujud lagi ke orang baik camni. Haaa kau kemain auta nyaaaa. Tapi serious baik doctor tu.


And she mentioned time tu bukaan dah 2 cm. So anytime boleh bersalin. So ely angguk2 jelah. Dia tanya dah tau gender kan? Ely kata haah boy kata doctor sebelum ni. And dia kata yup confirmed  sebab nampak terang boboy die. 


After that nak tunggu masuk ward. Yes waiting game die sangat2 mengguji saya ya kawan2. Dah la tengah lapar pastu ibu nak hantar makanan tak boleh sebab dah lepas waktu hantar makanan. Time tu teringin sangat macam spicy chicken macdeluxe ya allahh.. dan2 kan elyda time tu.. around tempat tunggu tu ada la patient lain gak. Ke hulur hilir agaknye die punya contraction dah tahap tak tahan. Ely? Masih ada masa update instagram minta closed friend doakan.


Okay. So around pukul 6 petang baru dapat bilik. Time ni happy lagi. Sebab tak sakit apa pun. Masuk bilik mandi and rehat2 la. Makan dah makan. Tapi sebab lauk hospital kan. Tak habis. Nasib la ibu pesan bawa air milo la biskut la alas la perut. 


Lepas solat isyak camtu. Ade rasa macam lain macam. Tapi tak tahu sakit apa. So whatsapp la ibu dengan yong(kakak ely) sakit nak beranak macam mana? Dorang cakap macam sengugut tapi sakit lagi. And ibu kate haa nak beranak dah la tu kalau sakit2 tu. So okay la boleh tahan lagi. Baring kiri kanan. Whatsapp halim. Time tu mujur line wifi kapal die kuat. So video call untuk hilang kan rasa sakit yang datang kejap. Kebetulan ada nurse on duty tengah check2. Tanya die perut saya sakit contraction rasa nya tapi bila tidur terlentang je bila mengiring tak sakit. And nurse tu kata kalau terlentang tu bukan contraction. So ely pun ok la sebab tak tahu. 

01 APRIL 2020


Lepas tu sakit makin kerap makin tak leh tahan. Sambil tu video call halim lagi. Sambil diri jalan sana sini bervideo call dengan dia menahan sakit. Rasa nya macam dah pukul 12 lebih camtu. Memandangkan dia kerja esok. Suruh dia tidur la kan kesian pulak nanti ngantuk. 

So sakit tu datang lagi kali ni macam rasa nak ‘popo’ so ely pergi la toilet cangkung. Yes. Ely even pregnant memang tak guna tandas duduk. Tak suka. Hahahaha tengah teran2 ingat sakit perut. Popppp air ketemuban pecah! Konon ade la loceng kecemasan dalam toilet tu. Tarik2 tak ade siapa2 datang. So ely pun keluar jalan slow2 kedepan inform nurse cakap air ketumban dah pecah. Time tu ok lagi la kan tak sakit sangat. Nurse suruh duduk kat kerusi around kaunter tu dia ade nak buat something.

Kerusi tak jauh mana gais. Otw tu tiba2 rasa macam ada benda nak keluar. Ya allah. Tak sempat duduk lagi time tu terus jerit. Nurseee saya rasa nak beranak dah niiiiiii. Terus semua nurse dekat kaunter bekejar ke arah ely suruh baring ada katil yang boleh gerak2 tu around kaunter. Ely nak naik baring pun tak boleh dah. Sebab nak terberanak sangat2 time tu! So dorang angkat ely check bukaan dah 9cm. Malam tu ward kecoh gais. Kecoh sebab ely. And the next day im the pemes girl who easy to beranak. Kata nurse la. 


Ada nurse pergi ambil barang2 ely. Ada 3 nurse tolak ely masuk labour room. Beza ward ely n labour room 1 tingkat. Perjalanan mengambil masa dalam 15minit kalau jalan sambil main phone usha orang kiri kanan. Tapi pagi tu nurse 3 orang tu tolak tak sampai 5minit. Otw tu macam2 drama gais. Nurse suruh mengiring supaya baby tak keluar lagi. Ye ade time die push nak keluar tu memang kecoh lahhhhh. Hahaha dekat kaki 5. Dekat dalam lift paling kelakar. Dia nak keluar jugak time tu. Nurse tu dik tahan dik xkan anak kau nak keluar dalam lift. Ely pun jerit saya tak boleh tahan dah kakkk sambil gengam tangan die kuat2. Haishhh kesian betul dekat nurse tu.


Sampai labour room, tukar katil apa semua itu ini. Dengan 2 kali meneran. Keluar lah anak UmmiAbah yang diberi Nama Abdul Maliq Bin Abdul Halim pada pukul 2.04 pagi. Kenapa Hamba Allah yang Memiliki?
Ye sebab after few miscarriage. Maliq adalah anugerah paling indah untuk ely dan halim yang pernah kami miliki. Haa camtula cerita dia...

Sempena esok Birthday Abdul Maliq.. mintak korang doakan dia ya 😊


“Semoga Abdul Maliq bin Abdul Halim membesar dengan sihat walfiat dan menjadi anak yang soleh dan disenangi dan disayangi oleh orang sekelilingnya. Amiinnn yaa rabbal alaaaaminn”


Okay la till entah bila2 sayonaraaa korangg...
Blue Flower Design Pointer